Monday, May 14, 2012

Tndakkan dari minda kepantasan luar biasa

Suatu idea yang berguna dan unik lagi  tersendiri adalah aset yang paling berharga .Kekayaan seseorang adalah terhasil dari idea yang bernas serta tindakkan yang pantas tanpa bertangguh supaya kita dapat menguruskan masa menjadi emas dan duit kekayaan. Rezeki dan kekayaan tidak akan datang dengan sendirinya tanpa berusaha.Pernahkah kita melihat seekor kucing berlari pantas melintas di hadapan kita kerana dikejar seekor anjing? Kelihatan kucing tersebut berlari seperti kaki tak jejak tanah tanpa memperdulikan keadaan sesekeliling kemudian tiba-tiba berjaya memanjat dahan pokok yang tinggi dengan pantas untuk menyelamatkan diri dari bahaya. Sekali pandang macam pelik tapi itulah yang selalu terjadi bila berada dalam keadaan terdesak untuk bertindak. Ada satu lagi contoh peristiwa yang boleh di umpamakan sebagai bandingan. Begini kisahnya, suatu hari di kawasan dataran lapang di pinggir kota kelihatan seorang wanita berjalan sendirian. Tiba-tiba seorang lelaki mencurigakan menghampiri berpura-pura bertanya sesuatu. Bila wanita itu merasa curiga kerana kemungkinan lelaki tersebut ada berniat jahat maka wanita itu mula merasa takut dan mengambil tindakkan pantas untuk melarikan diri sejauh munkin. Sewaktu wanita itu berlari pantas untuk menyelamatkan diri dia tak sedar ada sebuah longkang besar di hadapan. Wanita itu tidak sedar ketika berlari pantas itu dia tiba-tiba berjaya melompat mengatasi halangan longkang tersebut. Apa kah pengajaran yang dapat anda kupas dari peristiwa itu dalam kehidupan seharian? cuba fikir-fikirkan lah yer?

No comments:

Post a Comment